Salam Ramadan.
Setiap kali menjelang ramadan, pasti terbayangkan pelbagai jenis kuih-muih. Kalau ke bazar ramadan lagilah, kuih pelbagai jenis, warna, bentuk dan perisa. Saya pula bukanlah peminat kuih sangat-sangat. Cuma kalau boleh dapat makan agar-agar santan setiap hari pun dah ok! ^_^
Bila datang mood rajin, lagi rasa kepuasan sekiranya kuih yang dijual di bazar ramadan dapat dibuat sendiri. Lebih-lebih lagi untuk kuih yang mudah seperti cucur keria ini.
Jom lihat resepinya
5 ketul keledek bersaiz sederhana
1 biji telur
tepung gandum
sedikit gula icing
Cara membuatnya
Rebus keledek sehingga empuk, kemudian kupas kulitnya dan lecekkan. Apabila telah hancur, masukkan telur dan kacau sebati.Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan bolehlah dicanai. Untuk kuih keria ni, saya hanya bulat-bulatkan dengan tangan. Tak guna acuan pun. Tu yang senget benget tu. hihihihihihih
Cuma saya tak suka sira dengan gula hingga berketul-ketul gula menyaluti kuih ni, jadi saya hanya taburkan gula ising. nyum-nyum...
Selamat mencuba!
adoiii terliur!
ReplyDeletek.gee baru plan nk buat kuih keria petang ni...
ReplyDelete