Monday 26 March 2012

Puding Triffle

Inilah bentuk puding triffle yang saya buat untuk makan beradab makcik saya semasa perkahwinannya.

Pertama sekali nak minta maaf, sebab saya dah lupa ambil kat mana resepi ini. Saya copy, tapi lupa salinkan linknya, minta halal ya tuan empunya :)

Jom kita lihat resepinya


Bahan-Bahan
kek swiss roll - saya guna perisa pandan sebab tak jumpa yang lain boleh gak guna kek span dll.
1 tin buah-buahan campuran
1 tin susu cair
1 peket jelly cristal tak kisah perisa ape
4 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanila
7 sudu gula pasir
1 tin air-sukat guna tin susu

whipping cream atau yogurt or aiskrim vanila ke ape tak kisahla kan


Cara-caranya

untuk lapisan pertama-yang bawah sekali

-potong swiss roll anggaran 1.5cm pastu susun dalam bekas seeloknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi saya guna bekas loyang biasa je.Pastu renjiskan sirap/air dari buah-buahan campuran biar kek tu lembab.(asingkan buah dan sirapnya)
-tabur sedikit buah-buahan campuran tadi.
lapisan kedua

-campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula kedalam periuk dan masak diatas api sementara tu bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air.Bila agak mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat dan tidak berketul jangan lupe sebelum tu masukkan esen vanila.Kendian angkat dan tuangkan keatas lapisan yang pertama tadi.taburkan lagi buah-buahan campuran tadi.
lapisan ketiga

-masak jelly kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi.bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi.Bila dah beku bolehla nak letak whipping cream ke atau yogurt .

Selamat mencuba!

*pendapat peribadi, saya lebih suka triffle yang menggunakan swissroll perasa kopi/mocha.

11 comments:

  1. Replies
    1. sorry la beb, Ai dapat jamu mata u jela. tunggu ai wat open house/makan2 nanti ek :)

      Delete
  2. Panas2 ni sdp mkn triffle kot, belum pernah mkn dan cuba buat. Nmpk mudah tapi tu la....tak brpa nk rajin. Merah menyala tu yg nmpk menarik triffle ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap mkn time sejuk2..warna-warna mmg menarik. tapi saya lebih suka guna swissoll perisa coffee/mocha. lagi umppphh rasa dia ..try la nanti:)

      Delete
  3. sedappp mkn sejuk2 lak.. yummy... :)

    ReplyDelete
  4. cantik sangatkan kalau guna kek warna hijau..heheheh sedapnya...dah lama tak buat...

    ReplyDelete
  5. Salam Idaz :)
    menarik tgk pudding triffle nie..
    mmg blm pernah mencuba lagi.. insyallah akan di cuba :)
    Tq for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mamahawa/mama Nani :)
      sama-sama.terima kasih singgah sini. tryla mmg x menyesal :)

      Delete
  6. Aslm... Sya nak minta amik ek resepi ni.. Nak cba wat utk officemate

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...