Thursday 15 March 2012

Mee rebus bebola ikan resepi bonda

Mee rebus memang menjadi kegemaran saya. Lebih-lebih lagi jika diletakkan dengan homemade bebola ikan. Sepanjang membesar di Terengganu, jika sebut mee rebus, memang beginilah sifatnya. Kuah yang cair seolah-olah sup. Resepi ini merupakan resepi daripada Ummi saya.


Untuk bebola ikan
4 ekor ikan selayang/kembung
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Siang ikan dan cuci bersih serta ambil isinya sahaja.
2. Masukkan isi ikan dan secubit garam ke dalam blender dan kisar sehingga lumat. Ketepikan.

Untuk kuah
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 suduk kecil lada hilam
*1 inci halia
3 pokok sawi pak choy / boleh gantikan dengan kangkung
2-3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

*1 paket mee kuning yang telah dicelur dengan air panas dan toskan.

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * ditumbuk. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan air dan kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih, ambil isi ikan yang telah dikisar tadi dan bulatkan kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk. Apabila bebola ikan tadi telah terapung dan masak, masukkan sawi, garam dan gula secukup rasa. Apabila telah sebati, tutup api.
4. Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan letakkan kuah. Perahkan limau nipis dan taburkan bawang goreng, daun sup/daun bawang. Jika sukakan pedas, boleh dinikmati bersama sambal kicap.

** Mee tidak dimasukkan sekali ke dalam periuk untuk mengelakkan mee tersebut menjadi kembang.

Selamat mencuba.

12 comments:

  1. as-salam
    sedapnye mee rebus tu..mkn dgn cili kicap lagi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ady :)
      ya sangat sedap kalau malas nak buat sambal kadang2 saya tuang je cili sos..sedap juga..hihi

      Delete
  2. nak cuba rase or mkn je boleh tak?hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu ai buat open house nanti. insyaallah buat menu nie. kehkehkeh

      Delete
  3. Kalau akak ni panggil mee sup je. Tapi di sini kalau ada meatball, biasanya utk mihun bakso. Mknn mcm ni sesuai utk anak2 kan? atau mereka yg tak suka pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. Tapi mak saya kalau sebut mee rebus mmg ada bebola ni la. buka mee rebus yang kuah pekat tu. Haa, sangat sesuai untuk budak2. anak saya pun suka makan ni :)

      Delete
  4. aduhhhhhhhhh... rindunya nak makan mee calongg............. lama tak buat bebola ikan (calong) homemade tu... memang ginilah cara orang T'ganu makan mee rebus kan.. sedapp! everything dari Terengganu mesti ada IKAN!! i love it! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tu.. Buat calong ni banyak2 betambahlah sedapnya. adus-dus..terus kecur liur ni. hihihhihiih..kadang-kadang kalau masak megi pun saya patahkan keropok keping masak sama megi. mesti nak ada juga ikan sikit2..hahahahahahaha

      Delete
  5. badan tengah seram sejuk ni...dapat hirup kuahnya pehhhhh..mau berpeluh nak2 ada sambal kicap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu kak, kalau badan tak berapa sihat dapat hirup sup panas2 memang bestla. Semoga akak cepat sembuh ya, amin :)

      Delete
  6. Nampak pun sedap, rasa tentu sedap juga. Yang bagus tu, simple, insya-Allah nak cuba nanti!!

    ReplyDelete
  7. Saya dah cuba buat dengan menu di atas. Bebola tu kena campur dgn tepung jagung bagi mudah utk dibulatkan. Memang sungguh sedap. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...