Friday, 24 February 2012

kuih tiram


Bahan-bahan ( +-100 )
2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( agak2 laa...sampai jadi doh )
1/4 sdt garam
1 biji telur
1 sudu makan mentega (saya tambah)
Gula castor/aising

Untuk Pes :-
2 sdb minyak masak
2 sdb tepung jagung

Cara-cara
1.Pes : Campurkan minyak dah tepung jagung tadi. Kacau sampai sebati. Ketepikan.
2.Campurkan gandum,telur,garam, mentega dan air. Masukkan air sedikit2 dan uli la sehingaa doh tidak melekat di tangan.
3.Rehatkan doh lebih kurang 5-10 minit (untuk kasi lembut dan senang dicanai )
4.Bahagikan kepada beberapa bahagian dan canai la ia nipis2 ( bahagi 7-8 bahagian gitu sbb nak dapat tiram yang kecik2 )
5.Canaikan doh tadi sampai nipis dan memanjang.
6.Selepas itu sapukan la pes tadi ke atas doh yang dicanai itu.
7.Kemudian gulung la macam nak uat kek swiss roll tu dengan kemas dan ketat2 skit.
8.Potong la dalam1.5cm dan canai la sedikit ( jangan lenyek banyak kali 2 3kali dah cukup nanti tiram nyer x lawa dah )
9.Boleh la digoreng dengan minyak sederhana panas sehingga kekuningan ( tarik2 la skit supaya tiram ni panjang skit ) 10.Apabila dah masak. Toskan minyak tadi dan salut la dengan gula aising.

resepi asal boleh lihat di sini

Thursday, 23 February 2012

Resepi Masak Lemak Ketam


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam (dalam 1kg)
1 kotak santan 200ml
1 cawan air
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
* kalau nak pedas boleh tambah cili padi

CARA MEMBUATNYA :
1. Ketam dicuci hingga bersih dan kemudian toskan.
2. Dalam periuk masukkan bahan kisar , serai, asam gelugor, biar mendidih.
3. Kemudian tuang santan dan air serta ketam. Masak sambil dikacau sekali sekala. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.Apabila ketam telak masak boleh matikan api.
4. Siap untuk dinikmati.


Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...