Monday 14 November 2011

Pavlova

Sudah lama teringin membuat pavlova. Tapi tak berani, nampak macam susah je. Akhirnya saya beranikan diri untuk mecubanya kerana ada lebihan putih telur masa buat kek karamel tempahan daripada kawan-kawan baru-baru ini.

Resepi saya ambil dari SINI dan juga SINI


Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. saya guna strawberry, kiwi dan markisa. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Rupa-rupanya rasa pavlova ini super duper yummy! Suami dan Zarin sangat menggemarinya. Zarin boleh habiskan 3 slices. Itupun saya dah control. Bila saya cakap,

"pavlova dah habis, tu mama punya!"

Lantas terus sebek dan terselit celah pintu

"Zarin nak pavloba, loba-loba lagi. Tu pavloba, loba-loba Zarin punya"

Bangun pagi tadi pun masih berkata

"Mama wat pavloba loba-loba lagi arini ok! ummmmm..sedapnya bau!"

Pada pandangan saya, pavlova ini sangat sedap. Rasa macam marshmallow pun ada. Macam aiskrim pun ada. Dan taklah manis sangat. Sesedap rasa ditambah dengan buah-buahan yang masam-masam itu, makan macam makan angin, nak lagi, nak lagi dan lagi.

jom berpavlova!

11 comments:

  1. wahhh sedapppnyaaaa... dgn buah2 segar.. yummmyyyy

    ReplyDelete
  2. jelouslah akak dh buat pavlova..nk buat juga tp xdtg seru lg hahaha...

    ReplyDelete
  3. ish..ish..ramai yg dah berpavlova ni..takleh jadik ni...nak kene buat gak...

    ReplyDelete
  4. ai nak loba-lobaloba jugak! tiba2 aje sebek celah pintu mcm zarin bila kenangkan tekak ini pahit...huuhuh

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. meleleh air liur tengok pavlova ni..teringin gak nak buat tapi beelom ada kesempatan masa lagi,,nak cikit boleh?? ;-D

    ReplyDelete
  7. salam. nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  8. wah mudahnyer kek nie..bleh try nie..he..he

    ReplyDelete
  9. mcm sdp jek..cara buat pun x rumit & yg ptg x byk kos... nk try jgk la

    ReplyDelete
  10. You actually make it seem so easy with your presentation but
    I find this matter to be really something which
    I think I would never understand. It seems too complicated and very broad for me.
    I am looking forward for your next post, I will try to get the
    hang of it!

    My web page: merchant cash advance industry

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...