Wednesday, 12 October 2011

Tapai pulut

Tapai sangat sinonim dengan hari raya. Kalau di kampung saya, tidak sah rasanya kalau hari raya tanpa tapai.

Memandangkan suami saya telah menuntut ilmu membuat tapai, jadinya kalau teringin nak makan tapai pasti akan membuatnya. Tak perlu tunggu hari raya lagi.


Sebenarnya bukan mudah nak buat tapai, kalau silap teknik tak jadi. Dan inilah cara kami buat tapai

Bahan-bahan diperlukan

1. 3 pot beras pulut (direndam semalaman)
2. Daun getah/ daun jambu laut (untuk membungkus tapai)
3. 2 biji ragi di blend halus
4. 2 sudu kecil gula
5. Pencungkil gigi secukupnya


Cara membuatnya:

1. Kukus pulut sehingga masak. Apabila telah masak, renjiskan atau rendam sekejap didalam air.
2. Kemudian toskan pulut dan letakkan di dalam dulang. Apabila pulut hampir kering taburkan ragi dan juga gula.
3. Gaul ragi, pulut dan gula sehingga sebati dan biarkan sejuk.
4. Apabila telah sejuk, boleh membungkus tapai tersebut.
5. Apabila telah siap dibungkus, masukkan tapai tadi kedalam tupperware dan balut dengan kain batik (cara balut macam orang zaman dulu isikan kain dalam kain batik, buat bunjut dan dipikul dengan kayu tu, eh faham ke ni?)
dan bolehlah disimpan di tempat yang gelap dan kering seperti almari kabinet.
6. Biarkan semalaman atau dua malam dan sedia untuk dinikmati.


Tapai pulut sangat sedap dihidang bersama-sama dengan ice cream vanilla. nyum-nyum! selamat mencuba!

9 comments:

  1. Assalammualaikum, akak pernah mkn tapai pulut daun getah, kwn dr Trengganu yg buat. Skrg mkn tapai mak mertua pula, dia pun pandai tp tak sama mcm Suhaida buat.

    Pandainya balut tapai tu, kemas je..

    ReplyDelete
  2. waalakumsalam kak: ada juga yg makan tapai pulut daun getah jd pening..tp biasanya pantai timur guna daun nie dan daun jambu laut. kalau mak mertua saya guna daun pisang.

    ya, lain org lain caranyakan? tapi masih lagi tapai. ehehehehehehe

    balut org muda ginilah jadinya <----- seperti kata ofismate. heheheheh

    ReplyDelete
  3. waalakumsalam kak: ada juga yg makan tapai pulut daun getah jd pening..tp biasanya pantai timur guna daun nie dan daun jambu laut. kalau mak mertua saya guna daun pisang.

    ya, lain org lain caranyakan? tapi masih lagi tapai. ehehehehehehe

    balut org muda ginilah jadinya <----- seperti kata ofismate. heheheheh

    ReplyDelete
  4. Lia tak penah try buat tapai lagi. tp mmg suka makan pulut or ubi. hehe.. blh try nanti resepi ni. ^__^

    ReplyDelete
  5. kemas jer balutan tapai tu...
    ucu selalu buat pakai bekas mcm dadih tu je,nak cepat...

    ReplyDelete
  6. as-salam
    rajinnye buat tapai..mmg suka makan tapai..selalunye beli aje..

    ReplyDelete
  7. lihat cara pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut

    ReplyDelete
  8. Attractive section of content. I just stumbled upon your blog and in accession capital to assert that I acquire in fact enjoyed account your blog posts.
    Anyway I will be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently fast.



    Check out my web site :: consolidate payday loans

    ReplyDelete
  9. teringat pulok ke arwah mok ela..tetiap tahung mserti wat ni..tahun lepas 1st time raya tanpa arwah dan tanpa tapey

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...