Sunday 2 January 2011

Spagethi alfredo creamy seafood

Kanak-kanak seusia Zarin perlukan kepelbagaian menu dalam menikmati hidangan seharian.Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu spagethi alfredo creamy seafood. Jom kita lihat resepinya

Bahan-bahan

10-15 urat spageti
1 ulas bawang merah dicincang halus
1 batang jejari ketam dipotong kecil (optional)
2 ekor udang dipotong kecil (optional)
3 potong sotong yang dipotong kecil (optional)
40 ml susu segar
2 sudu besar pasta sauce heinz alfredo
secubit garam
1 sudu kecil minyak


Cara membuatnya

1. Rebus spagethi sehingga masak dan toskan
2. Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Kemudian masukkan jejari ketam, udang dan sotong serta kacau sehingga masak.
4. Selepas itu, masukkan susu segar dan 2 sudu besar pasta sauce heinz alfredo.
5. Setelah mendidih dan pekat, masukkan secubit garam. Kemudian masukkan spagethi dan kacau sehingga sebati
5. Sedia untuk dinikmati.




Untuk hiasan, boleh ditaburkan sedikit italian herbs. Zarin sangat menggemari spageti ini. Lihat saja aksinya ketika makan itu.






Selamat mencuba!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...