Wednesday 29 December 2010

chocolate chip cookies

Subway! Subway! Subway! Hari-hari Subway! Kadang-kadang dah rasa naik muak. Namun suami dan Zarin sangat sukakan chocolate chip dan raisin cookies yang dijual di subway. Maka mulalah suami membuat permintaan

Nanti mama buatlah cookies camnie, sedap!

Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal (kes kemaruk membaking) terus laju mencari resepi. Saya bernasib baik kerana Lady (sifu saya dalam masak-memasak) baru sahaja membuat entri pasal cookies nie. Lantas saya terus printkan resepinya. Dan semalam barulah saya berkesempatan untuk membuatnya.

Resepi ini saya copy dan pastekan di sini yea :) . Resepi asal boleh di lihat DI SINI
Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

450 gram self raising flour
2 biji telur (2 kuning dan 1 putih)
250gram butter
170gram gula halus
170gram gula perang
170 gram chocolate chips
3 sudu besar serbuk koko - i tak masukkan yang ni, lebih suka plain
170gm almond(resepi asal pakai cashewnuts)- saya guna hazelnut
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecik vanilla essence
Setengah sudu kecil garam


Cara-cara:

1.Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan vanilla essence, telur dan garam dan pukul lagi.

2.Masukkan tepung dan bicarbonate of soda yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul lagi, use the dough hooks sebab adunan ni agak kental. Masukkan chocolate chips dan almond, kacau rata.

3.Ambil sesudu adunan, bulatkan dan tekan dengan garfu atas dulang pembakar(nonstick).

4.Bakar pada suhu 160'c selama 15-20 minit.

(Kalau nak pakai cocoa powder may be you should reduce the amount of sugar macam dalam resepi asal.)

Memandangkan saya tak suka manis, jadi saya kurangkan sedikit kuantiti gula.

Dan inilah hasilnya


jemput makan :)

Sangat sedap, rangup dan rasanya lebih sedap daripada famous amos (pendapat sayalah). Memang akan tersenarai dalam kuih raya untuk tahun depan. keh keh keh!

Apepun terima kasih Lady sebab berkongsi resepi. Jika ingin mencuba pelbagai lagi jenis masakan jangan lupa berkunjung ke blog beliau yea.


7 comments:

  1. wah express betul ida cepat jer buat hehe.. tahun depan raya nanti rasanya lady pun akan mengukis chic chip ni la.. hehe.. nak buat senang dan rasa pun sedap kan.. boleh ajak zarin tolong gentel sekali hehe..
    :)

    ReplyDelete
  2. lady: terliur tgk gamba cookies yg lady buat. tu ekspress rakyat tue...ehehehehehehe

    mmg sedap dan senang nak buat. makan pun cepat je habis. satu balang tiba-tiba kosong.

    Zarin xnak tolong, dia geli sbb tepung tu lembik. huhuhuhu...sian mama

    ReplyDelete
  3. kalau lagi sedap daripada "famous amos", boleh lah buka kedai "famous ida" pula.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Jue: tepat sekali. kami pengunjung setia IKEA, meatball nyummm-nyummm. (oppps tiba-tiba ckp psl mkn) :p

    ReplyDelete
  5. pala maldini: "famous ida" ayoyoyo...insyaallah satu hari nanti :P, *gulp!*

    ReplyDelete
  6. heheheh.. sama jue pun suka g ikea jugak....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...