Monday 25 October 2010

Agar-agar santan Mak Minah

Agar-agar santan memang menjadi kegemaran saya dari dulu sehingga sekarang. Masih teringat lagi semasa mengandungkan Zarin, saya mengidam untuk menikmati agar-agar santan yang dibuat oleh ibu abang ipar saya (Mak Minah). Tetapi, pesan saya kepada Abang ipar saya (Abang Rizal) supaya Mak Minah menggunakan telur ayam bandar, bukan telur ayam kampung seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. (Dah la suruh orang buat, banyak songeh pula yea)

Untuk tidak menghampakan mak yong pada ketika itu (sayalah tu), Mak minah membuat satu loyang besar agar-agar ini. Oh nikmatnya. Simpan dalam peti, makan sikit-sikit...Terima kasih Mak Minah...hehehehe...Agar-agar santan Mak Minah ini memang sedap. Paling sedap yang pernah saya nikmati...

Takkan nak suruh orang buat selalukan??? Akhirnya saya meminta kakak saya merisik resepi agar-agar santan Mak Minah...Alhamdulilah, dapat...bukan susah pun nak buatnya, tapi agak rumit sedikit

Jom kita lihat resepinya

Bahan yang diperlukan

BAHAN A
1 bungkus agar-agar
1400 ml air
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
Gula merah
1 cawan gula
sedikit esen vanila
setengah cawan air daun pandan
secubit garam
1/2 cawan air daun pandan

BAHAN B (Untuk kepala)
2 biji telur
1/2 biji santan atau 1/2 paket santan kotak (mana-mana pun boleh)
* kesemua bahan diblend

Cara membuatnya

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula merah sehingga nampak kehitaman. Apabila telah sebati, tambahkan gula dan kacau sehingga gula tersebut larut. Masukkan air daun pandan, sedikit esen vanila, santan dan secubit garam. Apabila telah mendidih, tapiskan agar-agar tadi dan bahagikan agar-agar kepada dua bahagian iaitu satu untuk lapisan bawah dan satu bahagian lagi untuk kepala. Kedua-dua bahagian tadi hendaklah dimasak di atas api yang perlahan secara serentak.

Untuk kepala, ambil satu bahagian agar-agar dan campurkan dengan Bahan B. Kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan santan timbul. Apabila telah masak, tuang lapisan bawah agar-agar ke dalam loyang. Kemudian tuang pula bahagian kepala di atasnya. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati




Zarin shah sangat menggemari agar-agar ini. Oleh sebab itu, saya sangat rajin membuatnya. Jika ada pot luck di ofis, inilah menu yang selalu saya bawa... ehehehehehe


9 comments:

  1. hamboi2...sangat menyelerakan agar2 ni. akak tgk pun dah telan air liur. tq ida, share resepi ni. kang bila2 akak nak try la jugak. hehe....
    zarin makan mesti comel,kan? :-)

    ReplyDelete
  2. rajin sungguh ida siap letak cer ngan daun pandan sekali....

    ReplyDelete
  3. kak fatin: cara untuk tarik perhatian si kecik :)

    ReplyDelete
  4. kak fiza: u r welcome. ilmu itu harus dikongsi :), jika tak lupa pulak nanti..eheheheh

    makan besepah la kak. Tapi kalau letak dalam bekas dadih tu kejap2 angkut, kejap2 angkut :)

    ReplyDelete
  5. mieza nak tanya..1 paket agar2 tu berapa gm? 20 ke 37gm? agar2 serbuk ke agar2 tali? mieza teringin nak cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna yang tali. tak perasan brapa gram. tapi harga dalam rm2.50

      Delete
  6. kak , saya nak tanya , gula merah tu berapa banyak eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai yang, sori..akak tak sukat pulak. Tapi masukkan hingga dia nampak kehitamanlah. mungkin dlm 2 senduk gitu

      Delete
  7. mencari resepi agar-agar santan nih..and finally jumpa. tq for sharing. actually saya x berapa minat memasak tapi kekadang tu excited pulak nak memasak..yang penting resepi nyer simple2..tq again. hopefully saya punye agar2 secantik dan sesedap u punyer..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...