Friday 16 July 2010

Blueberry cheese cake

Memandangkan saya masih lagi dalam keadaan "demam masak-masak", jadi saya ingin berkongsi satu lagi resepi yang saya cuba iaitu blueberry cheese cake. Resepi ini diambil daripada Ratuhati.com dan kemudian, ditokok tambah daripada resepi lain di internet.

Cara membuatnya mudah sahaja. Sebelum itu, kita lihat dulu apakah bahan-bahan yang diperlukan.

250g Cream Cheese (sy guna philadephia)
3 biji telur
1/2 cawan gula
125g Mentega
10 keping biskut orea di buang intinya
8 keping biskut mvities
Topping-blueberry
sedikit esen vanilla


Cara membuatnya

A. Untuk Base

1. Biskut orea dan mvities dihancurkan

2. Butter dicairkan (double boiler-tapi saya hanya guna air panas letak dalam mangkuk pastu letak cawan yang berisi butter)

3. Gaul biskut dengan butter yang telah dicairkan sehingga sebati

4. kemudian tekan mampat adunan tadi di dalam loyang

B. Untuk kek

1. Pukul cream cheese dengan gula smpai kembang. jangan terover pula..nanti atkut mase bakar kek merekah

2. Masuk telur sebiji demi sebiji..pukul hingga kembang.

3. kemudian masuk esen vanilla. Pukul sekata

4. selepas itu tuang atas based...tadaaaa..siap utk dibakar.

5. Bakar dgn suhu 185C selama 20min je (sy bakar 40 minit sbb oven tu dh tetapkan untuk cake 40 minit)


Apabila kek siap dibakar, letak dlm fridge. Apabila sudah sejuk baru letak topping seperti dalam gambar di bawah


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
v



menarik dan sungguh menyelerakan

Apabila siap letakkan toping sedia untuk dimakan
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Tadaaaaaa..... nyum..nyum..sangat sedap!!!

Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk percubaan yang kedua cheese kek ini.
antaranya ialah
1. Nipiskan sedikit base (yang saya buat di atas tu basenya tebal)
2. Kurangkan manis ( kami penawar orangnya, so kalau yang suka manis dah ok)
3. loyang terlalu besar menyebabkan cheesenya nipis...huhuhuhu..kene beli loyang yang bersaiz kecil selepas ini.

* terima kasih untuk Mr papa sebab tolong pukulkan cheese dan gula. kalau harapkan mama, sampai subuh tak kembang...hikhikhik...

Bertemu lagi di lain resepi cheese cake ya... selamat mencuba!!!!

9 comments:

  1. wow!...lelehan blueberry tu menyelerakan....hehehe....

    ReplyDelete
  2. Bestnya cake tu Ida..nak try buat jugak la =)

    Wawawawa Rajin betul la Ida buat kueh hihi...Aku ni kekadang bila mai mood rajin ada gak duk buat kek ngan kueh ni...hurmmm tapi yang tak bestnye..aku buat dan aku jugak yang kena abiskan uhuhu...haram asben ngan anak2 aku nak pulun makan kek tu sampai abis kikiki..(mereka ni tak bape nak makan sangat nak2 lagi asben aku tu memang tak bape gemor ngan kueh2 ni..nasik je yang dia makan)

    Teringin gak nak buat Cheese Cake yang best tu..tapi kang aku jugak yang nak kena habeskan huhu..

    ReplyDelete
  3. kak ida : memang best bluberry tu :)..masam2 manis..nyumm! nyumm!

    kak diey : :P

    Yana: hahahahaha..kami pun bukan penggemar sgt, tapi alhamdulilah papa dan zarin pulun makan. sedap la tu kot :P

    ReplyDelete
  4. wah...bagusnya...lepas nie boleh buat pai bluerry lak.....yummmy....sedapnya ....

    ReplyDelete
  5. salam kak...sy nk tanye ni,xperlu bakar gune kaedah water bath ke??

    ReplyDelete
  6. anonymous: aritu akak tak guna kaedah tu. so tepi2 dia agak hangit sikit. kalau nak cantik memang guna kaedah tu dan balut loyang dengan aluminium foil

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm Ida...sy ni baru2 nk b'jinak2 wat ciskek ni...sy pernah wat yg unbake jek...sngkn hye letak dl fridge jek...mane yg lebey sedap ek rasenye (bake or unbake)....

      Delete
    2. salam lily, sebenarnya terpulang pada selera masing-masing. secara peribadi saya lebih suka yang unbake, manakala suami saya lebih suka yang bake. kalau bake tu tak muak sangat

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...