Wednesday 12 September 2018

Bubur Jagung Keledek

Assalamualaikum,

Ya Allah, rindunya nak tulis resepi. Niat di hati memang nak catatkan resepi yang pernah saya cuba di sini untuk rujukan kemudian hari, tapi asyikla tertangguh sampai berbulan-bulan lamanya. Dulu alasan ada anak kecik tak sempat, sekarang anak-anak dah besar, komitmen lain pula yang muncul. Oklah, hari ni nak share resepi mudah ja sebenarnya iaitu bubur jagung keledek. Bubur ni antara kegemaran kami sekeluarga. 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

3 tongkol jagung 
2 biji keledek 
2 sudu sagu
1 ketul kecil nisan kerek (gula melaka/gula merah)
1 kotak kecil santan kara
2 helai daun pandan 
gula dan garam secukup rasa




Cara membuatnya:

1. Hiris nipis jagung sehingga habis isinya.
2. Potong keledek saiz kecil dan rebus sehingga empuk.
3. Rebus jagung sehingga separuh masak, masukkan daun pandan dan juga biji sagu. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan santan, nissan, garam dan gula secukup rasa. Apabila hampir mendidih masukkan keledek yang telah direbus dan kacau sebati dengan api yang perlahan. Apabila semuanya sudah mesra, tutup api dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...