Friday 7 October 2016

Daging Goreng Petai

Assalamualaikum.. kembali bersiaran. Dah macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada. kihkihkih...Masa-masa masa! banyak resepi nak share tapi tak sempat nak taip.

Oklah hari ni nak share resepi yang mudah saja iaitu daging goreng petai. Maklumlah Raya Haji haritu banyak dapat daging, tatau dah nak masak apa. Jadi masaklah menu ringkas yang konfem makan nasi bertambah.





Jom tengok resepinya

Bahan-bahan
daging dihiris nipis
1 bawang holand/ bawang besar dihiris
cili merah
halia ditumbuk
bawang putih ditumbuk
kunyit
garam
gula
sos tiram
petai

Cara membuatnya
1. Tumbuk bawang putih dan halia . Jangan sampai lumat. Tumbuk ala-ala manja saja. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air seperlu yang mungkin ya. Jangan goreng sampai garing pula. 
3. Bila daging dah empuk boleh tutup api dan ketepikan. 
4. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu, masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati. Kemudian masukkan cili merah, garam dan gula secukup rasa. 
5. Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...