Friday 27 December 2013

Kari kepala ikan

Dari sup bertukar kepada kari. Kali ini kari kepala ikan tanpa santan aka kari kepala ikan mamak.

Jom lihat resepinya

BAHAN-BAHAN

1 biji kepala ikan
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil halba
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 biji tomato
1 tangkai daun kari
Serbuk kari ikan (saya guna babas 2 peket kecil dibancuh dengan air terlebih dahulu)
air asam jawa
air secukupnya
minyak untuk menumis
10-15 batang bendi 
garam secukup rasa




CARA MEMBUATNYA

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan jintan manis, jintan putih dan halba sehingga naik bau. 
3. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dimayang, bawang putih yang dihiris nipis,  daun kari dan gaul hingga sebati. Tumis sehingga naik bau. 
4. Masukkan rempah kari yang telah dicampur air (kacau sekejap biar rempah masak), air dan air asam jawa serta sedikit garam. Kacau sebati. Apabila menggelegak, masukkan tomato dan juga bendi. 
5. Kecilkan api dan masukkan kepala ikan, biarkan selama lebih kurang 6-10 minit atau sehingga masak. sekali sekala kacau dan boleh tambah garam secukup rasa mengikut selera masing-masing. siap! 



Haaa, mudah bukan? Rasanya pun sedap. Tak perlu lagi pergi makan kat kedai kari kepala ikan yang harganya RM75 sebijik! hahahahahahahaha

Selamat mencuba :)

Tuesday 24 December 2013

Sup Daging Mudah

Sup memang kegemaran saya. Tapi semenjak dua menjak ini Zarin kurang sikit nak makan sup ni, dia lebih sukakan yang pedas-pedas macam masak merah. Jadi Jaranglah pula masak sup. Semalam Mr. papa request nak makan sup daging sebab tak berapa sihat. So saya yang menurut perintah teruslah gigih memasaknya. ^_^

Memasak sup pun ada pelbagai cara, terpulang kepada cara masing-masing. Ini pula cara saya.

BAHAN-BAHAN:

daging lembu di potong nipis (berapa banyak ikut sukalah)
2 biji kentang
1 biji tomato
1 batang celery
Garam secukup rasa
½ kiub pati lembu
1 sup bunjut adabi
Air mencukupi sehingga daging tenggelam dalam periuk


BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
1-2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*4 cm halia

Semua bahan-bahan bertanda * ditumbuk atau dikisar halus

BAHAN HIASAN :

Daun sup dan daun bawang dipotong halus
Bawang goreng
Cili padi dipotong
Limau nipis


CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak secukupnya, tumis kayu manis, bunga cengkih, biji bunga lawang, buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan bertanda * dan goreng sehingga hampir garing.

2. Masukkan daging gaul rata, selepas itu masukkan air secukupnya dan sup bunjut adabi serta rebus hingga empuk. (kalau air hampir kering boleh tambah air lagi) Kemudian masukkan kentang.

3. Apabila kentang pun dah empuk, masukkan kiub pati lembu, carrot, celery dan tomato serta garam secukup rasa. Biarka sehingga tomato layu kemudian tutup api.


4. Sendukkan ke dalam mangkuk, taburkan daun sup dan daun bawang, cili padi, dan juga bawang goreng serta perahkan limau nipis. Siap untuk dihidangkan. 

Thursday 5 December 2013

Mee goreng basah lagi

Mood memasak agak tunggang langgang sekarang ni. Bukan tak masak langsung, masak, tapi bila dah siap masak terus makan dan lupa ambil gambar. Kadang-kadang dah ambil gambar tapi malas nak tulis resepi. So terperam jelah dulu.  Jadi arini nak sharekan antara resepi yang sangat popular dalam blog saya ni iaitu Mee goreng basah. 


Bahan-bahan 
• 1 bungkus mee kuning (kali ni buat setengah bungkus je)
• 4 biji bawang merah ditumbuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• ½ inci halia ditumbuk 
2 ekor sotong di potong bulat 
12 ekor udang 
200 gram isi kerang yang telah direbus
2 pokok sawi pak choy
taugeh
2 sb cili boh 
2 sb minyak masak 
1/2 sb sos tiram 
4 sb sos tomato 
1/2 sb kicap pekat 
3 cawan air 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara membuatnya
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.

Mee goreng basah ni antara menu kegemaran suami dan Zarin. Sangat sedap dimakan bersama keropok keping. nyum-nyum.. 

Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...