Thursday 27 October 2011

Spaghetti Marinara

Antara makanan yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah spaghetti. Setiap kali masak spagetthi pasti suami saya akan makan bertambah. hikhikhik..Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi spaghetti marinara yang mudah dan cepat dimasak.


Bahan-bahan (untuk 3 orang)
1. Segenggam spaghetti /vercimili

Untuk Kuah
1. 3 ulas bawang putih, dicincang
2. 1 biji bawang besar (kuning) dicincang
3. 4 biji cendawan butang dihiris nipis
4. ½ botol sos tradisional tomato prego
5. 1 sudu kecil serbuk pati ayam
6. 3 ekor sotong dibuang kulit dan dipotong memanjang
7. 10-15 ekor udang
8. Sedikit oregano
9. Sedikit Italian herbs
10. Garam secukup rasa
11. 2 sudu besar minyak zaiton
12. Sedikit air
13. ½ biji capsicum dipotong dadu

Cara membuatnya
1. Rebus spaghetti/vercimili dan toskan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitu dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan sotong dan udang.
3. Apabila udang bertukar warna merah, masukkan sos traditional tomato prego dan campurkan dengan sikit air.
4. Selepas itu, masukkan serbuk pati ayam, cendawan butang, oregano dan Italian herbs. Kacau sebati.
5. Apabila menggelegak, masukkan garam secukup rasa, tutup api dan taburkan capsicum.
6. Selepas itu, letakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuang kuah marinara di atasnya. Untuk lebih sedap, taburkan parutan cheese, oregano dan jika mahu pedas bolehlah ditaburkan chilli flakes atau sos Tabasco.

selamat mencuba :)

Tuesday 18 October 2011

kek karamel

Kek karamel, nyummmmyyyy!!

Kek inilah yang saya idamkan semasa demam aritu. Akhirnya terlaksana juga impian nak makan kek karamel.


Memang ramai yang bertanya tentang resepi kek karamel apabila saya postkan gambar kek ini di FB. Jadi sekarang saya pastekan resepinya di sini ya :)

RESEPI KEK KARAMEL
Source : Pn. Munira
Bahan-bahan

(A)Gula Hangus
• 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
• >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu

(B) Bahagian Atas
• 1/2 tin susu cair FN (200ml)
• 70gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 3 bj kuning telur

(C) Lapisan Kek
• 140gm tepung gandum
• 70 gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 3 bj kuning telur
• 135ml air biasa
• 1 sudu teh baking powder (guna sudu kfc)
• 45ml minyak msk

(D) Merinque
• 6 bj putih telur
• 70gm gula kastor (saya guna 40-50 gram sahaja)
• 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu kfc)

Cara-cara
• Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
• Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
• Pukul bahan (C) ketepikan
• Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
• Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
• Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
• Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
• Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

Alhamdulilah, kek karamel ini juga sudah beberapa kali ditempah oleh kawan-kawan. Terima kasih pada yang menempah :)

Thursday 13 October 2011

kuih boom aka paung goreng

Setiap kali balik Terengganu, memang inilah kuih yang dicari. Kalau di sini memang susahlah sungguh nak jumpa. Nama kuihnya ada, tapi bukan kuih boom atau paung goreng ini yang dimaksudkan, tetapi kuih lain.

Bila berkesempatan balik Terengganu baru-baru ini, maka sempat jugalah saya merisik resepi ini dari saudara mara. Rupanya ada banyak versi juga nak buat buah boom nie. Dan ini versi yang tak meletup bila digoreng, Insyaallah.


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
2 cawan kelapa
2 sudu besar tepung gandum
air secukupnya
sedikit garam

Bahan Inti

5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)*
5 ulas bawang merah*
1 inci halia *
1 sudu kecil lada hitam*
1 cawan santan
Sedikit air
1 keping asam keping
1 sudu kecil gula
garam secukupnya

Cara membuatnya:

1. Untuk inti, semua bahan bertanda * ditumbuk. Di dalam kuali,  masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Kacau seketika dan apabila menggelegak, masukkan garam dan juga gula. Goreng sehingga agak kering dan menjadi seperti serunding/sambal ikan. Tutup api, keluarkan asam keping dan sejukkan.
2. Gaul tepung pulut, kelapa dan tepung gandum bersama air dan sedikit garam. (jangan terlalu lembik/keras)
3. Bentukkan adunan tepung menjadi bebola kecil, leperkan, letakkan inti dan bentukkan kembali menjadi bola. (Untuk mengelakkan bebola melekat antara satu sama lain dan mudah diangkat sebelum digoreng, gaulkan bebola di dalam mangkuk yang berisi minyak sedikit).
4. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan
5. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Nyum-nyum, jemput makan. memang dah berkali-kali buat buah boom nie, suka sangat sebab dapat makan panas-panas dan rangup krup krap krup krap.

Wednesday 12 October 2011

Tapai pulut

Tapai sangat sinonim dengan hari raya. Kalau di kampung saya, tidak sah rasanya kalau hari raya tanpa tapai.

Memandangkan suami saya telah menuntut ilmu membuat tapai, jadinya kalau teringin nak makan tapai pasti akan membuatnya. Tak perlu tunggu hari raya lagi.


Sebenarnya bukan mudah nak buat tapai, kalau silap teknik tak jadi. Dan inilah cara kami buat tapai

Bahan-bahan diperlukan

1. 3 pot beras pulut (direndam semalaman)
2. Daun getah/ daun jambu laut (untuk membungkus tapai)
3. 2 biji ragi di blend halus
4. 2 sudu kecil gula
5. Pencungkil gigi secukupnya


Cara membuatnya:

1. Kukus pulut sehingga masak. Apabila telah masak, renjiskan atau rendam sekejap didalam air.
2. Kemudian toskan pulut dan letakkan di dalam dulang. Apabila pulut hampir kering taburkan ragi dan juga gula.
3. Gaul ragi, pulut dan gula sehingga sebati dan biarkan sejuk.
4. Apabila telah sejuk, boleh membungkus tapai tersebut.
5. Apabila telah siap dibungkus, masukkan tapai tadi kedalam tupperware dan balut dengan kain batik (cara balut macam orang zaman dulu isikan kain dalam kain batik, buat bunjut dan dipikul dengan kayu tu, eh faham ke ni?)
dan bolehlah disimpan di tempat yang gelap dan kering seperti almari kabinet.
6. Biarkan semalaman atau dua malam dan sedia untuk dinikmati.


Tapai pulut sangat sedap dihidang bersama-sama dengan ice cream vanilla. nyum-nyum! selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...