Wednesday 27 April 2011

Nasi Ayam Special

Nasi ayam merupakan salah satu makanan kegemaran Zarin. Sejujurnya saya memang tak pernah buat nasi ayam ni walaupun ramai yang berkata nasi ayamlah antara resepi yang paling mudah. Baru-baru ini ketika saya cuti cemas kerana tragedi kunci kereta hilang, pukul 11.30 pagi Zarin dah minta nasi.

Malangnya dalam peti hanya ada 2 ketul ayam, takkanlah nak goreng kunyit sajakan, akhirnya saya mengodek-godek resepi nasi ayam serba kekurangan. Alhamdulilah menjadi. Dan hari minggu yang lalu, saya mencuba sekali lagi membuat nasi ayam ini dengan semua bahan-bahan lengkapnya.

Resepi diambil dari myresepi.com. Saya copy dan pastekan disini ya

Bahan Untuk rebus1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk

Cara-cara membuatnyaAyam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

Bahan Untuk perap1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Cara membuatnyaToskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.


inilah ayam yang telah berjaya saya hasilkan

Untuk nasi pulabahan-bahannya ialah:
3cwn beras
11/2 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam serta pewarna kuning. Masak seperti biasa



Nasi yang saya buatkan ini terlebih pewarna kuning. sudahnya kuning semacam je. kahkahkah. Gambar yang atas tu nasi untuk mama dan papa, dan gambar yang bawah tu nasi untuk zarin :)

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

cara buatnya
blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)



Untuk suplebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Cara membuatnya
air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Untuk kicapMasukkan sesenduk air rebusan ayam ke dalam bekas perapan ayam dan kacau sebati.

Hasilnya...walllahhhhh! Sedap dan sangat puas makan! Dahla cara buat dan bahan-bahannya tak renyah. Memang sesuailah dengan saya yang suka masak simple-simple ni. Terima kasih pada tuan empunya resepi



Dan ini pula gaya anak bujang saya sedang meratah ayam goreng. Alahai anak oiiii, kalau bakal mak mertua tengok gambar ni konfem fail nak wat menantu :P

Friday 22 April 2011

super moist eggless chocolate cake

Masa anak dara dulu, nak jejak kaki ke dapur pun malas. Tapi bila dah jadi mak dara ni, dapur seolah-olah tempah yang paling best untuk dikunjungi. Nasib baik dapur rumah saya sempit, kalau tidak sure dah bentang toto kat situ :p

Semalam betapa berkecainya harapan saya kerana apabila buka peti langsung tiada bahan mentah untuk memasak. Sudahnya saya terus mengodek-godek resepi yang boleh dibuat dengan bahan-bahan kek yang pelbagai jenis itu. Akhirnya saya terjumpa satu resepi dari blog Kak Nor iaitu super moist eggless chocolate cake! nyummmmyyyyyyyy!!!!





Kak nor, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKEresepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber:
Kak Nor@ Secubit Garam


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir
Dan kek ini saya mandikan dengan chocolate ganache.

Terima kasih Kak Nor sebab berkongsi resepi kek yang sedap ini :)




Muka Zarin yang tak sabar nak rasa choc cake ni


Serius, kek ini memang sangat sedap. Memang super duper moist. Paling best sebab kacau-kacau saja. Tak payah guna mixer, kalau tidak "bercinta" juga nak basuh mixer tu. Walaupun kebiasaannya papa yang basuh :P

Zarin seperti biasa menjadi ketua juri cinonet yang sentiasa menilai air tangan mamanya ini. Dan jawapan standardnya ialah

"Mama bagus, Gud. Sedap!"

psssttt: Saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Tetapi saya suka mencuba. Resepi-resepi yang ditulis adalah sebagai rujukan saya di masa depan. Terima kasih pada yang terjumpa blog saya melalui resepi dan kemudian add saya di FB. selamat berkenalan :)

Tuesday 12 April 2011

Strawberi cheesecake mengancam

Sudah berhari-hari juga saya meneliti resepi strawberi cheesecake di blog Kak Nor dan juga Kak Zai. Akhirnya, dengan lebihan cream cheese yang ada hasil daripada membuat strawberi tiramisu, maka saya pun terus membuat cheese cake. Dan ini merupakan cubaan pertama saya membuat cheese cake tanpa membakar (ada istilah dia, tapi lupa orang panggil apa). Resepi asal strawberi cheese cake ini dapat dilihat di blog Kak Nor dan Kak Zai (bluebery cheesecake).

Bila buka kedua-dua blog ini memang meleleh air liur saya apabila gambar-gambar makanan yang cantik, menarik da bomb dan konfem boleh buat saya angau! Ok, malas nak merepek meraban, jom kita lihat resepi yang telah diubah suai oleh saya hasil daripada resepi Kak Nor dan Kak Zai.


Bahan A (base)

180gm cream cracker Jacob

120gm butter

Bahan B (Cheese)

250gm cream cheese

250ml whipping cream

140gm gula castor

2 sudu besar jus lemon

15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin

Atas double boiler dan sejukkan

100 ml air - dan sejukkan selama 5 minit

*Beberapa biji strawberi dipotong halus

Bahan C (Topping)

1 sudu besar gelatin

1/2 cawan strawberry filling

1/3 cawan air

Sedikit buah strawberi utk hiasan


Cara membuatnya:

Bahan A

Cairkan butter, hancurkan biskut cream cracker.

Gaul sebati dan kemudian mampatkan dalam loyang bersize 8”

Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan B.

1. Masukkan gelatin ke dalam air. Panaskan dengan cara double boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.

2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.

3. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan jus lemon hingga adunan menjadi sebati.

4. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

5. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.

6. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.

7. Kemudian, taburkan potongan buah strawberi di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.

8. Ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.

Bahan C

Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut. Kemudian, masukkan ½ strawberi filling dan kacau sebati.

Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya. Tuangkan adunan topping dan ratakan. Masukkan kembali dalam peti sejuk.

Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.



Dan ini pula gambar keratan rentas kek yang telah siap dibekukan. Alhamdulilah, penantian 2-3 jam yang menyeksakan itu berakhir apabila melihat kek yang terhasil. Masyaallah. Sedap bangat!!!! Sepanjang saya membaking, saya rasa inilah hasil cheesecake terbaik saya!!! Memang super duper sedap! lepas ni tak payah la ke mana-mana kedai kek lagi untuk membeli cheesecake ni.



Dan tidak ketinggalan, pastilah ada strawberi cheesecake dalam bekas yang comel untuk si manja saya. Mana boleh lupakan budak kecik nie. Bukan apa, senang sikit dia nak makan bila letak dalam bekas kecik ni.



Zarin seperti biasa, menjadi juri yang menilai setiap masakan saya.

"Mama bagus, gud." sambil terus menyuap cheesecake itu.

Suami saya pula penggemar cheesecake, sekali makan memang 2-3 slices la. Sedap katanya. Dan pujian dia yang paling tak tahan

"Bertuah papa, dah la dapat isteri cantik, pandai masak pulak tu, sedapppppp!!!"

kahkahkah, sila jangan muntah yea.

Kembang semangkukla jadinya. Tapi serius, bila saya memasak, setiap pujian yang diberikan oleh orang tersayang seakan membakar semangat untuk saya terus belajar dan belajar lagi. Dan hujung minggu ini sudah pasti cheesecake ini akan dibuat lagi.

Syabas Ida! Selamat menternak lemak :P

Monday 11 April 2011

strawberi tiramisu yang angau

Minggu lepas saya memang angau tiramisu. Sudahnya setiap hari saya teropong blog Kak Nor Secubit Garam untuk melihat gambar strawberi tiramisunya. Dalam hati sudah berkobar-kobar ingin membuat tiramisu ini. aduhaiiiii, penangan tiramisu. macam orang mengidam pula. Tapi jangan salah faham, saya belum mengidam lagi yea, ekekekekekekeke



Jadi, hari minggu merupakan hari yang paling tepat untuk saya bereksperimen dan mencuba pelbagai resepi. Ok, malas nak berceloteh panjang, Kak Nor, dengan izin saya saya copy dan pastekan resepinya di sini ya. Resepi asal boleh dilihat di SINI




STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)

resipi : Rabiatun



Bahan untuk syrup:(dapat 4 cup spt di atas)

150 g blueberry (strawberry) filling

80ml air suam

2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit

sedikit parutan kulit lemon ~ optional


Bahan2 lain:

250g cream cheese

125g whipped cream

125g whipping cream

50g gula icing~ shiffted

1 peket biskut tiramisu

sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.


Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.

4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream ** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt) *** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup




Walllahhhhhhh! Memang angau saya terhadap strawberi tiramisu ini berbaloi-baloi. Memang super duper sedap ok, tak tipu!!!! Bila dah siap semua, baru 10 minit letak dalam peti sejuk, zarin dah ambil satu bekas. "Aiskrim" katanya.


Saya dan suami juga begitu, sorang kelek satu bekas, kejap je dah licin. Memang kami akan repeat lagi untuk buat strawberi tiramisu ini. Mungkin akan ubah kepada blueberry tiramisu pula. Ekekekekekekeke






Memang sangat berpuas hati apabila apa yang kita buat disukai oleh kaum keluarga. Terasa hilang penat dan terasa begitu dihargai apabila pujian tidak lekang dari bibir orang tersayang.


Dan Zarin pula


"Mama bagus, gud!" sambil memeluk saya.


Hehehehehehe, memang minggu lepas kami asyik bercheese sahaja. Sori ye mr. papa, lepas ni mama temankan papa pi gym yea. ekekekekekekekek. apepun terima kasih pada kak Nor kerana berkongsi resepi yang sedap ini :)


pstt, tensen betul dengan setting blogspot nie, asyik lari-lari je. aduhaiiiiii!!!! Kawan-kawan ada mengalami masalah camni tak?

Saturday 9 April 2011

Kek Pisang Gebu

Baru-baru ini, mak mertua saya ada berikan sesikat pisang emas yang besar-besar dan montok-montok. Mula-mula teringin nak buat cekodok, tetapi meamndangkan zarin batuk, jadi saya terus mencari resepi kek pisang.

Memang macam-macam versi yang saya jumpa. Akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi yang diambil daripada SINI.


Sebelum itu kita lihat dulu bahan-bahan yang digunakan. Saya copy dan pastekan resepinya di sini.

bahan-bahan

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
*3 biji pisang yang telak dilenyek (saya guna enam)
1/2 cawan minyak masak esen vanila
2 biji telur
* sedikit garam

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

* saya masukkan 6 biji pisang emas, dan sedikit garam. Heheh, pandai-pandai je.


sangat sedap ok. memang tersangat gebu. Yang lucunya, saya potong kecil-kecil kek ini dan letak dalam tupperware sebagai bekalan zarin di neseri. Bila balik rumah zarin cakap

"Cikgu makan kek Alen sama-sama. sedap!" hikhikhihkihk..

Insyaallah jika rajin saya pasti buatkan sebiji untuk cikgu-cikgu Zarin yang sangat baik hati itu :)

Sunday 3 April 2011

kuah durian

Kalau dah memang hantu durian, setiap hari nak makan durian juga! Tak sampai seminggu pesan supaya jangan beli durian dalam masa terdekat. Tapi bila dah peminat tegar beli juga! Tapi kali ini saya dah tak buat pulut durian lagi. Makan durian sahaja!




Tapi bila dah beli durian, ada pulak terlebih isinya. Akhirnya saya buat pula kuah durian atau serawa. Nyum-nyum sedap juga. Sebenarnya tak adalah susah mana nak buat kuah durian ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah

1 biji kelapa diambil santannya
5 ulas isi durian
4 sudu besar gula
sedikit air
1 helai daun pandan
setengah ketul gula merah (nissan)
sedikit garam.

Cara membuatnya

Panaskan santan di dalam periuk. Kemudian masukkan isi durian yang telah diasingkan isi dan bijinya. Kacau sehingga mendidih. kemudian masukkan air,daun pandan, gula, nissan dan garam. kacau lagi sehingga sebati. Bila dah hampir pekat, tutup api dan sedia untuk dinikmati.




Inilah kuah durian yang telah siap dimasak. Ada orang suka campurkan dengan sagu. Tapi suami saya tak suka. Jadi memang betul-betul kuah durian sahaja.



Kuah durian ini sangat sedap jika dicicah dengan roti banggali. kalau nak makan dengan pulut pun ok, dengan roti jala pun tersangatlah ok.

Jemput makan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...