Thursday 24 February 2011

lempeng cicah sardin

Lempang nak? eh silap-silap. Lempeng lah. Pagi-pagi Khamis nie tiba-tiba tersasul pula :P

Anda suka makan lempeng? saya tersangatlah suka. Paling suka lempeng nyiur yang dijual di sebuah restoren di Kuala Terengganu. Tapi kalau kat sini manalah nak cari nyiur yang tak berapa tua kan. Sudahnya jadilah lempeng cicah sardin.



Lempeng sangat sedap di makan panas-panas. Boleh juga nak cicah sambal ikan bilis, kari atau gula. Untuk zarin, saya hidangkan lempeng bersama susu.

Nyum-nyum, jemput makan :)

Wednesday 23 February 2011

kek marble shiela mambo

Entah mengapa minggu ini terasa rajin pula untuk memasak kuih muih dan juga kek. Mungkin mood untuk membaking sudah datang. Dalam berkira-kira untuk makan apa petang semalam, tiba-tiba saya teringin membuat kek marble shiela mambo yang saya ambil resepinya daripada Dapur Tanpa Sempadan atau Mat Gebu.
Di sini saya copy dan pastekan resepinya. Resepi asal boleh dilihat DI SINIBAHAN-BAHANNYA :

125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
*125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar

CARA MEMBUATNYA :

1.Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga kertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
2.Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata. *(saya bagi kepada 3 adunan iaitu, pink, hijau dan plain)
4.Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2...
* Memandangkan saya tiada coklat, jadi saya gantikan coklat tadi dengan warna hijau dan pink.



Dan inilah kek marble shiela mambo versi saya yang terhasil. Ala-ala kek pelangi lah pulak. kihkihkih. Mula-mula saya letakkan ceri di atas kek tersebut sebelum dibakar. Namun bila siap dibakar, ceri tersebut termasuk ke dalam.

Apepun terima kasih kepada Dapur Tanpa Sempadan kerana berkongsi resepi kek yang sangat sedap ini. Sekali makan habis. Hikhikhik. Kalau ingin mencuba pelbagai resepi, jangan lupa untuk singgah ke blog Mat Gebu yea :)


Tuesday 22 February 2011

cucur keria cek mek molek

Saya sangat sukakan makanan yang berasaskan keledek. semalam ketika pulang dari kerja, sempat juga saya membuat cucur keria dan cek mek molek memandangakan suami saya tidak mahu makan nasi.

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

5 ketul keledek bersaiz sederhana
1 biji telur
tepung gandum
sedikit gula icing (cucur keria)
sedikit gula pasir (cek mek molek)

Cara membuatnya

Rebus keledek sehingga empuk, kemudian kupas kulitnya dan lecekkan. Apabila telah hancur, masukkan telur dan kacau sebati.Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan bolehlah dicanai.


Untuk kuih keria, saya bulat-bulatkan macam donat dan goreng garing. Memandangkan saya tidak suka cucur keria yang disira gula (gula bertepek-tepek), saya gantikan dengan gula icing yang ditabur.


Kalau kuih cek mek molek pula, canaikan adunan dan masukkan satu sudu kecil gula ditengahnya dan kemudian tutup. Bolehlah digoreng sehingga kuning keemasan.



Inilah rupa cek mek molek saya. Bila makan kuih cek mek molek ni tiba-tiba teringat Datuk M. Daud Kilau sedang bergelek sakan lagu cek mek molek.

"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"
"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"
"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"



Friday 18 February 2011

Pulut Durian

Oh kome doyan dah berbunge
moh kita minang anok dare
Anok dare,anok dare bote
Teman jumpe di Padang Tenggale

....

Oh kome,doyan udoh luroh
Lebih baik abang pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
Itulah lirik lagu yang saya paling ingat setiap kali terpandang durian atau makan durian. Sebut saja pasal durian pasti teringat lagu nie.

Baru-baru ini, semasa mengambil Zarin di neseri, terjumpa pula orang sedang menjual durian di tepi jalan. Durian kampung you! Apalagi kami sekeluarga memang hantu durian, cepat-cepatlah singgah membelinya.

Tapi harga yang ditawarkan masih mahal pada saya iaitu RM12 sekilo. Durian dari Perak menurut penjualnya. Tapi sebab dah nak makan, angkut jugaklah dua bijik (RM39).



Sampai di rumah, belum sempat nak buka tudung Zarin dah mengadap suruh belah durian. Siap ambil tupperware lagi (kebiasaan simpan durian dalam peti).

"Mama, cepatlah, Alen nak uyan (durian).
Bukak, bukak! buh sini."

"Kejap tunggu papa. Mama tak reti bukak durian nie. Kejap yea sayang." Sambil alihkan durian yang begitu hampir dengan kakinya.

Bila dah bukak! wallah! Cantik dan sedap sangat isinya. Siap dapat durian kucing tidur lagi (eh betul ke kucing tidur? dah lupa istilah dia)



Selepas siap mengopek satu durian, papa kopek pula yang lain. Yang ini isinya tak kuning sangat. Tapi sedap juga. Zarin pun dah bersila mengadap, habis 2 ulas dimakannya.



Bila dah beli durian, tak sah kalau tak buat pulut durian. Lantas saya cepat-cepat kukuskan pulut. Terus mewangi satu rumah bau pulut kukus. Pulut siam pulak tu.

Dan hasilnya, jadilah pulut durian. Sungguh enak dan menyelerakan



Saya sangat suka pulut durian, cuma tak suka makan pulut durian guna tangan. Rasa cam geli sikit. Lebih selesa pakai sudu dan letak santan banyak-banyak. Bila dah makan durian, walaupun dah gosok gigi tetap mulut bau durian. Timun pula tidak ada untuk elakkan mulut berbau durian. Sudahnya sendawa pun bau durian. Nasib baik kentut tak bau durian, kehkehkeh!

lepas ni bila dah betul-betul musim durian,hari-hari pulut durian :)

Fettucinne alfredo portobello with sausage and seafood

Spagethi dan segala jenis pasta merupakan kegemaran saya sekeluarga. Baru-baru ini saya teringin memasak fettucinne. Lantas saya terus ke cold storage mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak fettucine alfredo portobello with sausage and seafood. saya sertakan resepi untuk membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan

½ bungkus Fettucine yang direbus kemudian ditoskan.
Untuk sosnya pula
1 ulas bawang besar kuning di potong dadu
1 tin sos alfredo Portobello campbells
90 ml susu segar
2 ekor sotong yang dibuang kulitnya
15 ekor udang di buang kulitnya
2 batang sausage dihiris nipis
2 biji cendawan butang dihiris nipis
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Secubit garam
Caranya membuatnya.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan sotong dan juga udang. Apabila telah masak, masukkan sos alfredo portobello cambells dan susu segar. Kacau dan apabila mendidih, masukkan sausage, cendawan butang, pati ayam dan juga garam. Apabila sudah sebati, masukkan fettucinne dan kacau sebati. Selepas itu, tutup api dan sedia untuk dinikmati.



* Untuk lebih sedap, taburkan cheese, Italian herbs dan juga serbuk chilli.

Selamat mencuba!

**** note: Maaf, laras bahasa masakan masih lagi dalam proses pembelajaran. (aduss, susah juga nak tulis resepi ni kan?)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...