Kebelakangan ini, saya sekeluarga tersangat sukakan bubur nasi berlauk. Boleh dikatakan setiap hari juga kami menikmatinya. Mungkin ramai yang perasan, status FB saya asyik bubur nasi, bubur nasi dan bubur nasi sahaja. hahahahah..
Baru-baru ini pula, saya mendapat satu resepi daripada kakak saya iaitu bubur siam atau boleh juga dipanggil juga bubur nasi berlauk. Cuma ada sedikit perbezaan dalam membuatnya. Yang penting lagi sedap daripada bubur nasi berlauk.
Baru-baru ini pula, saya mendapat satu resepi daripada kakak saya iaitu bubur siam atau boleh juga dipanggil juga bubur nasi berlauk. Cuma ada sedikit perbezaan dalam membuatnya. Yang penting lagi sedap daripada bubur nasi berlauk.
Jom kita lihat resepinya
Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah
1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam
Cara membuatnya
Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.
Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.
1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.
Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.
Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.
Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.
Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.
Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.
Dan inilah bubur nasi siam aka bubur nasi berlauk hidangan saya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

tadaaaaa---->jemput makan :)
Semenjak dah pandai buat bubur siam, setiap hari asyik nak makan nie. Mujurlah suami saya dan zarin sukakannya.
Katanya tiga masakan yang akan menyebabkannya gemuk dan makan bertambah-tambah ialah, bubur siam aka bubur nasi berlauk, spagethi alfredo dan juga mee goreng!
Selamat mencuba!
sedap ni ida..
ReplyDeleteda la kita ni sgt la suka segala jenis bubur..
will try this.hehe
menarik n tertarik :D....t bleh cuba resipi ni.....hihihii
ReplyDeletesgt sedapppp.....ptg ni juge akan dibuat...sgt gelojoh kan??
ReplyDeletesedapnya...rasa lapar pulak....
ReplyDeletewow weeeee...sedap nyeee dik nonnn...hehehehe
ReplyDeleteyang...contest penantin tu mana eh..kat blog lain ye
nk curi resepi..huhuh....:)
ReplyDeletekalau makan bubur mesti ada telur masin...huwaaa!!! skang dah terliur...
ReplyDeletenak curik resepi ye...
menyelerakan..harus dicuba..
ReplyDeletemmg sedap layan bubo ni.lg mkn pepanas.kalau kena gay mmg ari2 hadap bubo pun takpe...
ReplyDeleteUishh sedapnye...Terliur pulak Acik tgk..Nk try laa, tgk dalam fridge tu ade bahan2nye.. =)
ReplyDeletewokeh siap!! dah salin, memang, menyelerakan sungguh okeh bubur tuh huhuhu
ReplyDeletesgt terliur..nak cubalah nanti
ReplyDeleteSaya juga yg x reti2 nak mkn bubur nasi..:)
ReplyDeleteashra: selamat mencuba! memang best makan bubur kalau boleh hari-hari mau :)
ReplyDeletemummyecha: memang menarik tertarik n da bomd! hikhikhihkihk
ReplyDeletetry lah, pasti menjilat sudu :)
suraya: trylah kak. kalau nak cepat, order je bubur mcD!kihkihkih
ReplyDeleteejan:hikhikhik
ReplyDeletejom buat bubur jom
hari bubur sedunia. memang ebst kalau buat ni, sebab budak kecil pun boleh makan, tak perlu nak fikirkan makanan yang lain untuk mereka.
jimat masa! :P
kak risa: ya, kat blog satu lagi. hikhikhik..
ReplyDeletekak, sedap kalau mkn ngan biis goreng yang akak selalu buat tu :)
wahida: itulah pelengkapnya. lebih-lebih lagi yang kuning tu kan? berebut je nak amik dulu. hahahahah
ReplyDeleteselamat mencuba!
mrs. eay: sila, curik jgn tak curik! kihkihkhihkih
ReplyDeleteratu siput: itulah sebabnya. rumah kami mmg tiap2 hari mkn bubur. tengah2 malam pun Zarin boleh lagi minta bubur carrot + ayam goreng. huhuhuhuhu
ReplyDeletenuyue: selamat mencuba dear :)
ReplyDeletesure bertambah-tambah nanti
Mappiau: selamat mencuba!
ReplyDeletejom balik masak bubur jom!
mama sohayl: selamat mencuba. Senang je buatnya, lagipun boleh pelbagaikan lauk. Yang paling penting bubur siam ialah bawang putih goreng tu. Ada ikan bilis pun dah licin semangkuk. :)
ReplyDelete